Sunday 4 March 2012

Buka Penutup Botol Pakai Can Opener Tradisional..

Assalamualaikum wbt..and good day to all..

Tak tahu macam mane nak guna Can Opener yang tradisional tu? hehe Jujur aaku mengaku memang aku tak reti guna. Nak wat cmne?selama ni aku guna can opener yang jenis pusing2 tu. Bila da duduk rumah sendiri, n tersalah beli Can Opener, mula la kalut tak reti nak guna. Abes..tak kan tak masak kot gara-gara tak reti guna Can Opener tu?

So, aku pun dengan berusaha bersungguh-sungguh cuba nak buka tudung botol kicap dgn can opener tu. Siap tanye kat Pakcik Google lagi cmne nak guna can opener. Tapi malangnya pakcik Google pun tak tahu.Setelah beberapa lama mencuba, akhirnya aku dapat ilham dari Allah swt. Alhamdullilahh..akhirnya boleh gak bukak penutup botol kicap ni, dah boleh masak telur masak kicap...hahaha

Ok..aku nak kongsikan la cara-cara nak guna Can Opener ni untuk bukak penutup botol, tak kisah la penutup botol kicap ke, botol coke ke or botol ape2 la. Ni bagi sape2 yang tak tahu macam aku dulu la..hhuhu Kalo da tahu sila jangan gelak k..

First, mesti la kena ade Can Opener tu kan? and of course botol yang penutup nya degil tak boleh nak bukak cara biasa.


















Lepas tu, apa nak buat ekk?? hahah..gurau jekk..Lepas tu  letakkan Can Opener tu atas penutup botol tu macam gambar kat bawah ni..



Haa..dah letak macam tu dah? Bagus-bagus..nampak tak dekat can opener tu ade macam blade kat bawah die. Letakkan blade tu dekat bawah penutup botol tu. So nanti boleh la sungkitkan penutup botol tu..Macam gambar kat bawah ni.




Lepas tu ape lagi. Sungkitkan la penutup botol tu. Tarik can opener tu ke atas, dalam 45 degree macam tuu..TARIKK..TARIKKK LAGI..sampai penutup botol tu terbuka. Taadaaa...



  




0 comments: