Monday 17 September 2012

Sambung belajar??

Assalamualaikum wbt and good day!

Hi all? Apa khabar semua? Ok? Not Ok? Acctually it all depend on you. How you brightened up your life each day. Kadang-kadang aku fikir kalau pagi-pagi dah bad mood, jumpa kereta/ motor yang kurang kesedaran sivik, pagi-pagi dah berleter kat student, mesti mood satu hari tu dah spoiled. Tapi sebenarnya tak.. Its all depend on you. Macam mana nak selesaikan masalah bad mood tu untuk jadi kepada Happy mood! :)

Ok..back to the topic.. Surat tawaran untuk sambung belajar telah pun selamat sampai. Mati-mati ingatkan hantar kat rumah. Tunggu punya tunggu sekali sampai kat opis da.. Perasaan masa dapat surat tu..emm nervous..haha klaka kan? Happy..of course la..dan tak sabar-sabar rasa nya nak jadi student balik. Tapi orang kata pHd ni Permanent Head Damage. Harap-harap lah bukan macam tu kan?

I'll try my best to gain the knowledge. I'll try my best to balance my life. I'll try my best to be the best!! Doakan Cik R tau..

Sunday 16 September 2012

Fuhh..fuhh..berhabuk bersawang dah..

Assalamualaikum wbt.. and good day!

Lama dah tak jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Dah la tak seberapa..tuannya pemalas pulak..harharhar..nasib kau la belog..

Banyak benda dah jadi lately. Yang tak berubah-ubah status Cik R je..still single n mingle.
Sebelum ni busy sikit dengan persiapan majlis perkahwinan ADIK2 cik R..ye adik2. 2 orang adik buat majlis serentak. Jadi nya..responsible sis..ke hulu ke hilir la kakak nya ni menguruskan benda-benda yang patut di urus. (Padahal takde menda pun..sume dah siap dah..hwehhwehhwehh..) Alhamdulillah..sekarang adik yang no 2 & 4 selamat menjadi suami orang. Dan kitorang pun bakal dapat anak sedara bulan 2 tahun depan nanti.. (^_^) InsyaAllah..

Lepas tu, puasa dan beraya. Misi mencari malam Lailatul Qadar dan mendapat pahala puasa setahun cuba di capai. Sebelum tamat nya bulan Syawal, Alhamudulillah..sepupu telah pun selamat bernikah dengan orang Terengganu, di Terengganu. Happy sangat..sebab nya mak & abah ikut gak..haha Tak payah susah-susah balik ke kg. Tapi mak abah datang ke sini. Sanggup berulang alik dari Kuala Terengganu ke Dungun 3-4 kali satu hari tak apa asalkan hati senang melihat mereka selesa. Alhamdulillah..dikurniakan kesihatan dan kekuatan badan yang mencukupi. Tak payah susah-susah cari Tongkat Ali ke Kacip Fatimah ke Red Bull ke..tapi masih bertenaga sehingga mereka pulang.

Dan Alhamdulillah yang teramat sangat..permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi telah di terima. InsyaAllah Jumaat hujung minggu ini, akan mendaftarkan diri sebagai pelajar semula.. Tak sabar dah wehhh.. Terasa ilmu di dada tidak mencukupi. Perlu penambahan ilmu lagi. Terasa diri ketinggalan zaman. Perlukan mereka-mereka yang lebih berpengalaman..

Wahh..panjangnya entry ni. So cukupla membebel setakat itu dulu. Nanti-nanti kita jumpa lagi k..alamak..bos dah panggil balik kerja.