Saturday 13 October 2012

Review: Biore UV Sunblock + Make up Base

Hi! Assalamualaikum and good day!

Harini nak review sikit tentang skin care yang aku guna. Dah lama sebenarnya nak review tentang make up and skin care ni..tapi tak ter'review2 lagi.hehe

Ok..ni antara sunblock yang sangat best yang aku pernah guna (act sebelum ni tak pernah pakai sunblock pun). Selalunya sunblock yang pernah aku jumpa, bila pakai mesti akan jadi putih semacam. Since kulit aku ni tak berapa nak putih so aku memang tak pernah la nak pkai sunblock gini. And 1 lagi kalo aku pakai make up tu, dalam 2 3 jam mesti da tanggal dah make up sebab kulit da start berminyak. Tambah-tambah aku plak jenis kulit kombinasi - oily dry. So memang fed up. Selalu nk kne touch up.huhu

Then jumpa la 1 sunblock + make up base dari sini. Rasa teruja sangat nak cuba. Lepas tu berdesup terus ke Watson untuk cari this sunblock. Hasilnya...wahh memang best sangat-sangat. I tell you, tak rugi try. Now, dah jadi barang wajib aku kalo nak apply make up or even bedak. Packaging yang very small, senang nak bawa kat mane2.

Sukaaa sangat-sangat :
- lepas pakai rasa senang nak sapu foundation/ bedak/ bb cream
- kulit rase sangat smooth
- cepat meresap, and tak buat kulit jadi putih2
- sebab die sunblock, spf 50+ pa+++. So kulit akan terjaga dari sinar uv yang scary.
- sebab die make up base, so make up tahan lama. Sampai 8-12 jam..haha dasat kan..
- nak tahu fakta lagi best? Lepas pkai several months, bile beli bedak kat bodyshop, staf kat sana cakap aku patut pakai bedak 04 instead of yg bese 05. Which means that my skin become fairer!

Tips nak pakai:
- kena goncang2 dulu sebelum pakai..
- sapu cepat-cepat, jangam men dot-dot. Sebab die sangat cepat meresap.

Concern:
Tak sesuai untuk orang yang berkulit normal to dry. Sebab it have a lil bit matte and dry finish. Kalonnak pkai jugak, make sure pakai pelembap dulu k..

Swatch:







Sunday 7 October 2012

Jalan d Teganu: myInovasi2013

Pada suatu hari di hari Sabtu, yang sudah sedia sibuk di majlis perkahwinan sepupuku, tiba-tiba aku dapat 1 panggilan yg mengejut daripada sahabat lama. Dengan keadaan hp ku yg semakin nazak tu, maka aku dpt brite yg tak di sangka-sangka bahawa anak2 buah ku yg comel mendapat tempat di pertandingan kelayakan myInovasi2012. Pertandingan yg melibatkan persembahan poster dan pembentangan sebelum di pilih sebagai wakil ke peringkat nasional.

Pada 1 & 2 Oktober 2012 berangkat la aku dgn bala tentera tu yg terdiri dari 10 org peserta dan 3 org pengiring termasuk aku. Hari pertama takde apa-apa sangat cuma penjurian poster. Dan pada petang nya pemberian sijil kepada pesera. Kemudian di kejutkan dengan berita bahawa poster yg terpilih sahaja akan buat pembentangan.okkayy..tapi keputusan poster tak bikeh di beritahu sehingga esok..ehmm..bijak..bijak..

Petang tu pergi ke rumah penginapan. Kami di beri rumah penginapan Yaseen. Ok..kawasannya bagus dan lawa. The reason diorang tempah penginapan dekat situ kerana ada bilik dorm yg muat ramai orang. Emm..tapi yg tak best nya pengiring pun kena tido dalam dorm campur dengan anak2 buah yg comel tu. Huhu..bkn tak mau tido same..tapi paham2 la kalo dah ramai2 tu.. Jadi nya aku dengan kawan aku pun cari rumah/ homestay yg lain. Cari punye cari..jumpa la homestay yg tak berapa jauh dari situ. Rumah yg besar..bilik banyak..good..tapi masih dlm proses lg. Bayaran rm50. Terus amik tanpa pikir panjang. Tapi alamak..malam tu kena tidur sorang. Member nak balik kg. Tuan punye rumah sgt baik.. Che'gu Shobri nama nye..rupanya die ni ada byk homestay. Ada 14 kot..kalo nak tahu dgn lebih lanjut boleh cek kat sini.

Hari kedua..hari pembentangan. Sume dah berdebar. Tunggu sape yg dapat present. Alhamdulillah..anak2 buah ku terpilih (macam panggil sume org je..) dan dpt present dgn ok.. Petang tu..pkul 430 baru start majlis penutup dan umumkan sape kah yang terpilih untuk jadi wakil ke peringkat nasional.

Jeng..jeng..jeng...akhirnya pemenang peringkat zon adalah..tahap 1 di menangi oleh JKM PSMZA! POLISAS, dan IKIP. Tahap 2 plak di menangi oleh UMT. Takpela..takde rezki untuk kumpulan anak2 buah ku.. Walaubagaimanapun, pengalaman tu yg paling penting.. OK kita layan gambar2 sekitar majlis tu k..








Monday 17 September 2012

Sambung belajar??

Assalamualaikum wbt and good day!

Hi all? Apa khabar semua? Ok? Not Ok? Acctually it all depend on you. How you brightened up your life each day. Kadang-kadang aku fikir kalau pagi-pagi dah bad mood, jumpa kereta/ motor yang kurang kesedaran sivik, pagi-pagi dah berleter kat student, mesti mood satu hari tu dah spoiled. Tapi sebenarnya tak.. Its all depend on you. Macam mana nak selesaikan masalah bad mood tu untuk jadi kepada Happy mood! :)

Ok..back to the topic.. Surat tawaran untuk sambung belajar telah pun selamat sampai. Mati-mati ingatkan hantar kat rumah. Tunggu punya tunggu sekali sampai kat opis da.. Perasaan masa dapat surat tu..emm nervous..haha klaka kan? Happy..of course la..dan tak sabar-sabar rasa nya nak jadi student balik. Tapi orang kata pHd ni Permanent Head Damage. Harap-harap lah bukan macam tu kan?

I'll try my best to gain the knowledge. I'll try my best to balance my life. I'll try my best to be the best!! Doakan Cik R tau..

Sunday 16 September 2012

Fuhh..fuhh..berhabuk bersawang dah..

Assalamualaikum wbt.. and good day!

Lama dah tak jenguk ke blog yang tak seberapa ni. Dah la tak seberapa..tuannya pemalas pulak..harharhar..nasib kau la belog..

Banyak benda dah jadi lately. Yang tak berubah-ubah status Cik R je..still single n mingle.
Sebelum ni busy sikit dengan persiapan majlis perkahwinan ADIK2 cik R..ye adik2. 2 orang adik buat majlis serentak. Jadi nya..responsible sis..ke hulu ke hilir la kakak nya ni menguruskan benda-benda yang patut di urus. (Padahal takde menda pun..sume dah siap dah..hwehhwehhwehh..) Alhamdulillah..sekarang adik yang no 2 & 4 selamat menjadi suami orang. Dan kitorang pun bakal dapat anak sedara bulan 2 tahun depan nanti.. (^_^) InsyaAllah..

Lepas tu, puasa dan beraya. Misi mencari malam Lailatul Qadar dan mendapat pahala puasa setahun cuba di capai. Sebelum tamat nya bulan Syawal, Alhamudulillah..sepupu telah pun selamat bernikah dengan orang Terengganu, di Terengganu. Happy sangat..sebab nya mak & abah ikut gak..haha Tak payah susah-susah balik ke kg. Tapi mak abah datang ke sini. Sanggup berulang alik dari Kuala Terengganu ke Dungun 3-4 kali satu hari tak apa asalkan hati senang melihat mereka selesa. Alhamdulillah..dikurniakan kesihatan dan kekuatan badan yang mencukupi. Tak payah susah-susah cari Tongkat Ali ke Kacip Fatimah ke Red Bull ke..tapi masih bertenaga sehingga mereka pulang.

Dan Alhamdulillah yang teramat sangat..permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi telah di terima. InsyaAllah Jumaat hujung minggu ini, akan mendaftarkan diri sebagai pelajar semula.. Tak sabar dah wehhh.. Terasa ilmu di dada tidak mencukupi. Perlu penambahan ilmu lagi. Terasa diri ketinggalan zaman. Perlukan mereka-mereka yang lebih berpengalaman..

Wahh..panjangnya entry ni. So cukupla membebel setakat itu dulu. Nanti-nanti kita jumpa lagi k..alamak..bos dah panggil balik kerja.

Monday 19 March 2012

I need motivation please..



---------- Forwarded message ----------
From: rfah hasb <rfah2005@gmail.com>
Date: 2012/3/18
Subject: I need motivation please..
To: go.blogger@blogspot.com
Cc: rfah-hasb.iamme.blogger@blogspot.com


Cik Rfah really needs motivation now.But how?just give me a few days
to meet my love one.Uwahh..nk balik kg.knape?sbb nak jumpa mak yg
jelita,abah yg kacak n adik2 yg banyak kerenah.Walaupun kadang2 rasa
hectic & chaos sangat kat kampung tapi kecoh n happy!Bila nak balik
kampung ni..Mommy..,daddy..I hope u are here beside me when I feel
very down.Kadang2 bila balik kg bkn buat ape pun.Duk mensaje je.Tak de
pun sesi2 sharing n caring ni.Tapi cukup la berada bersama mereka utk
seketika hati dah rasa sgt lapang,aman n tenteram.That's parent
power!I love u!

Sunday 4 March 2012

Buka Penutup Botol Pakai Can Opener Tradisional..

Assalamualaikum wbt..and good day to all..

Tak tahu macam mane nak guna Can Opener yang tradisional tu? hehe Jujur aaku mengaku memang aku tak reti guna. Nak wat cmne?selama ni aku guna can opener yang jenis pusing2 tu. Bila da duduk rumah sendiri, n tersalah beli Can Opener, mula la kalut tak reti nak guna. Abes..tak kan tak masak kot gara-gara tak reti guna Can Opener tu?

So, aku pun dengan berusaha bersungguh-sungguh cuba nak buka tudung botol kicap dgn can opener tu. Siap tanye kat Pakcik Google lagi cmne nak guna can opener. Tapi malangnya pakcik Google pun tak tahu.Setelah beberapa lama mencuba, akhirnya aku dapat ilham dari Allah swt. Alhamdullilahh..akhirnya boleh gak bukak penutup botol kicap ni, dah boleh masak telur masak kicap...hahaha

Ok..aku nak kongsikan la cara-cara nak guna Can Opener ni untuk bukak penutup botol, tak kisah la penutup botol kicap ke, botol coke ke or botol ape2 la. Ni bagi sape2 yang tak tahu macam aku dulu la..hhuhu Kalo da tahu sila jangan gelak k..

First, mesti la kena ade Can Opener tu kan? and of course botol yang penutup nya degil tak boleh nak bukak cara biasa.


















Lepas tu, apa nak buat ekk?? hahah..gurau jekk..Lepas tu  letakkan Can Opener tu atas penutup botol tu macam gambar kat bawah ni..



Haa..dah letak macam tu dah? Bagus-bagus..nampak tak dekat can opener tu ade macam blade kat bawah die. Letakkan blade tu dekat bawah penutup botol tu. So nanti boleh la sungkitkan penutup botol tu..Macam gambar kat bawah ni.




Lepas tu ape lagi. Sungkitkan la penutup botol tu. Tarik can opener tu ke atas, dalam 45 degree macam tuu..TARIKK..TARIKKK LAGI..sampai penutup botol tu terbuka. Taadaaa...



  




Thursday 1 March 2012

Teks Ucapan..Oh.. Teks Ucapan

Assalamualaikum wbt and good day..

Hari ini satu hari suntuk aku mengarang teks ucapan. Dulu masa sekolah terpikir jugak..kenapa la cikgu selalu suruh buat karangan ucapan la, syarahan la, bukan ada kena mengena dengan aku pon.

Sekarang..?? Ambik kau..suruh belajar rajin-rajin tak mau. Suruh buat karangan elok-elok tapi buat sambil lewa..Huhu mane la aku nak tau bila dah keje kena buat karangan, kena tune balik otak masa darjah 5 darjah 6. Masa sekolah rendah n menengah..Aku ingatkan bila dah masuk bidang engineering ni tak jumpa la balik bab-bab ucapan syarahan ni. Sekali jumpa balik dah..tu la..sape suh tak belajar betul0betul dulu? Dusyumm...

Nak siapkan satu ucapan pun payah..inikan pula kena buat dua. Nak cepat plak tu. Majlis nya hari Selasa. Hari Ahad cuti, hari Isnin sampai Jumaat kena pegi Penang. Bila masa nak re-check? Buat correction lagi..adoiii..tensi-tensi..

Tengah-tengah survey teks ucapan orang lain dan bila dah ada idea nak buat, mula la macam-macam gangguan timbul. Student nak jumpa la, surat sampai lah, pegi itu la, ini la..huhu habis terbang idea ku melayang-layang. Sudah nya kena stay back sampai petang siap kan keja. Orang lain dah balik kul 3.30 aku duk tercatuk lagi kat meja mencari-gali idea.huhu

Akhirnya...pukul 4.42 petang, siap jugak karangan aku. Bukan satu, tapi dua..huhu Bila dah terpaksa semua benda jadi. Ini la manusia kan? Alhamdullilahh..Sekarang tengah cari kata-kata indah nak buat penutup ucapan ni. Yela..nak kena dengan temanya..Tema kebudayaan n Warisan. Mesti la ada pantun serangkap dua. Ada kata-kata mutiara di hujung-hujung nya..Idea..idea..Mana la idea ni pergi..


Saturday 25 February 2012

Bowling..1st Time Dapat 100..heeee

Assalamualaikum wbt...

Hi all dear bloggers and readers...dah lame gak tak berblog. Bukan pe..sebab agak busy sikit plus cuti-cuti Malaysia kat kampung.hehe kat kampung je..tak pegi mana-mana.

Baru-baru ni dalam kesibukkan kerja, sempat jugak join tournament Bowling anjuran S-Club(Staff Club). Saje nak praktikkan ilmu bowling yang dah belajar masa Kursus Asas Bowling sebelum ni. Yelaa..kalo gi men bowling sorang-sorang rase macam syok sindrik plak. Geng2 rapat sume tak suke men bowling. Kalo karoke laju je. 20 lagu pun belasah.. Tekak da rase macam nak terkeluaq tapi tetap nak nyanyi. Hehe..tapi pe2 pun korang memang best ok! Back to the topic, ape da melalut sampai karoke plak..hehe. Game start pukul 3 ari Khamis (time kerja tak abes lg kot), but di sebabkan kesibukan teramat (sibuk la sgt..) aku lambat sampai. Sampai-sampai tengok org da start. Cari partner taapi diorang pun tak sampai lagi ghupenye..Nak ilangkan nervous (nervous ke?) g lek dulu cari-cari bola. Aim nak pakai bola 10kilo. Masa kursus bowling tu coach cakap bola 10kilo tu budak sekolah rendah pakai. Adooolaa..malu aku. Aku pakai bola tu pun rase nak ter"cherry" jeww..huhu. Then jumpa En Najmi, pengurus Tournament tu dia kata dah ade dah lane untuk aku, tinggal nak tunggu player2 je. Player-player yang cam best tu adalah aku, Shikin Isma, Ju n sorang lagi player tambahan sbb group tak cukup korum..iaitu En Wan Zamri.hehe sape ntah..aku pun tak kenal. Tapi die ni bek la..n sangat sporting. Selalu bagi kata-kata semangat n ajar macam mane nak lempar bola tu.

Ju tengah fokus aimm pin bowling tu..hehe Yang kat tepi tu la En Zamri n anak2 die
Kitorang men 3 game. Agak lenguh la tangan nak abes kan 3 game tu. Tapi Alhamdulillah...game yang last tu  aku dapat jatuhan 110 pin.weee...merasa gak score lebih 100. Kalah boys yang men lane sebelah kitorang. Orang len men makin banyak game makin kurang jatuhan pin. Tapi group kitorang ni lagi banyak game lagi banyak jatuh pin. Orang kata makin improve la kan..Jue n Shikin memang selalu sgt strike. Aku tak pernah dapat strike..tapi pin maintain jatuh n mesti tinggalkan 1. Ape daa...

So kat sini nak share sikit tips bowling yang aku dah belajar n try praktikkan mase men bowling tu. 
  • Ok..mula2 mesti kenal lane dulu. dekat atas lane tu ade arrow n board (cube tengok pada gambar kat atas ye..). Board tu yang tanda dot dot n arrow tu adalah yang tanda anak panah.
  • Jangan aim pada pin, tapi aim pada arrow.
  • Masa nak baling bola bowling, kaki kiri pijak sebelah board ke 4 dari kanan n fokus pada arrow no 3 dari kiri. 
  • Pastikan masa baling bola tu tangan mesti lurus. Jangan bengkok2. Kalo tak bola tersasar . Tu yang selalu masuk channel aka longkang.
  • Based on experience, masa lempar bola bowling tu jangan baling tapi leret je. Slow tak pe tapi bola tu akan pergi tepat pada soket aka pin yang kita nak jatuhkan tu.
  • Kalo rase2 dah baling bola tepat2 pada arrow tapi pin tak jatuh semua, korang boleh la adjust kedudukan kaki pada board n arrow tu ye. Contohnye, kalo nak jatuh kan pin yang hujung kiri, korang boleh adjust kaki pada board no 2 atau 3 dari kanan. Kalo nak jatuh kan pin sebelah kanan plak, kaki adjust pada board 2 or 3 dari kiri n aim pada arrow 4.

Haa...amacam? Harap-harap tips ni membantu masa korang praktis men bowling or mase tournament. Sebenarnya ada lagi tips yang nak kongsi pada korang semua, contohnya step2 n sbg nya. So kalo korang rasa nak lagi tips2 tu boleh la send request pada comment di bawah. And kalo korang rase tips ni memang berguna or ada tambahan apa2 lagi, boleh la hantarkan komen k..



Monday 20 February 2012

Lestari Cinta Rasul..

Assalamualaikum wbt..

Hi all bloggers n readers..today after 'long' holiday, I came back to office just for 1 thing,which is "Perhimpunan Bulanan"..As government servant, we have to go monthly assembly to hear what our leader want to said,what we achieved n what they expect. N sempena maulidur rasul ni, perhimpunan bulanan ni merangkap sambutan maulidur rasul jugak la.Cuma bezanya tak de perarakan n takde makan2 free.(huhu..lapar2). Tapi yg pasti ada adalah selawat beramai2.

Aku sebenarnya rindu dgn suasana sambutan maulidur rasul n selawat2 ni.Teringat dulu waktu kecik zaman2 di Johor dulu..mesti ada perarakan sempena maulidur rasul samada kt sekolah or kt masjid.Then, waktu raya ada marhaban dari rumah ke rumah (mase 2 memang kembung perut sbb asyik mkn je). Masa kenduri2 ke,tak kisah la kenduri doa selamat ke,kenduri cukur jambul ke,baca yasin ke,mesti ada selawat berjamaah. Lepas solat tu memang confirm ada la. Kat sini mcm kurang sikit.Marhaban memang takde.Sambutan maulidur rasul ada la kot cuma sambutan tak secara besar2an.Kenduri kesyukuran ke potong jambul tu tak pernah di jemput lagi.

Sepanjang musim maulidur rasul ni banyak dengar2 ceramah tentang tidak perlu kan sambutan kelahiran nabi.Yang penting kena ikut sunnah nabi.Tapi bila dgr ceramah 'Lestari Cinta Rasul' tadi by ustaz Sharifudin, tertarik dgn pernyataan dia yg mengatakan "ada sahabat bertanya, kenapa Rasulullah berpuasa setiap hari Isnin. Lalu Rasulullah menjawab kerana hari itu aku di lahirkan." Hmm..rasulullah pun sambut hari lahir baginda kenapa tidak kita??

Thursday 16 February 2012

Makan-makan sampai kenyang...

Assalamualaikum wbt...


Hi sume...apa kabar?skema btul ayt.haha So..arini nak cerita psl mkn2 la..emm mmg best dpt mkn.Apa lg yg sdp, n lg bestt kalo org blnje.hahah btul tak?kn?kn? 


Harini ramai kwn2 1 ofis dapat naik pangkat. Wahh..tahniah2.Memang dah sampai masa diorg nek pgkat. Senior n byk pengalaman. Lepas ni jgn la menyombong diri n jg la anak buah bek2 ye.heheh Tp ada gak yg xbest kalo nek pgkat ni. Sebab ada kwn2 yg terpaksa berkhidmat ke tempat len. One of them is my very good friend, Kak Hamidah.huhu sedih nye..kak midah ditukarkan ke Kota Kinabalu. Jauh tuuuu...


Ok..enough for sad story. Berbalik pd tajuk..antara ramai2 yg nek pangkat tu, ada la beberapa org yg nak belanja mkn sbb nak meraikan kenaikan pangkat diorg tu.Of course la aku tak lepaskan peluang ni.hehe siap cancel kn meeting dgn student lg. (bertuah punye lecturer!!ish3..) So ktorang pn pegi la ke Hotel UiTM Dungun. Yela..kat mane lg nak cari tempat mahal2 sikit yg ada makanan best kat sini. Ramai gak la yg pegi, dlm 10 org.haha Memang restoran Hotel Uitm tu di 'conquer' oleh kitorang la mase lunch tadi. Sampai2 je sume org study menu sbb nak scan mane makanan paling best kat situ. Lepas tu tunggu makanan sambil borak2 n sempat lg tu ngumpat student.hehe Lecturer..kalo tak cite psl student 1 ari mmg tak sah. Sorry la ye kpd student2 tu. (agak2 lecturer aku dulu2 mcm ni gak ke?) 


Muka tak sabar nak makan..ngeh3
 Bila sume da dpt makanan, ape lagi..ngapp sampai tak toleh kiri kanan lg dah..


Orang yg dirai (n org yg belanje..thanks kak ayu..)

Sedap sgt mee hailam ni..kuah yg pekat n isi yg saaangat byk..




Sume sedang khusyuk membaham makanan..haha
Sebab nak merasa semua jenis makanan kat sini, ktorang sume order makanan yg berlainan. Lepas tu tukar2 makanan..hehe best2. Order mee hailam tapi dapat makan spagheti, yee mee, nasi goreng kg Sura, Lamb Chop n kari kepala ikan. Sedaaaappp..tapi paling best sekali yee mee. Difinitely I'll come again n try this one! 


Lepas abes makan ktorang pon balik la..tapi sempat lg kak ayu menapau utk org2 yg tak join sekali. Kak Ayu..you are the besttt!! (hehe..ayat bodek la tewww..). Congratulation to kak Ayu n sume2 yang dapat naik pangkat tu. Lepas2 ni tolong la ktorang pulak utk naik pangkat k..lps tu kte mkn kat sini lagi.hehe

Friday 10 February 2012

Azam tahun baru...ekk??

Haha..walaupon da lewat utk azam thn baru samada tahun masihi or tahun hijri, tp nak tulis gak kt cni azam tahun baru/hajat tahun ni. Sebabnya salah satu drpd hajat tahun ni da tercapai iaitu nak buat blog! :) Ok..antara hajat2/azam tahun ni adalahhhh...



  • Nak kawen - hahaha..sememangnya akan jadi azam utk tiap2 tahun. Igt nak wat sekali dgn adik2 lelaki (yess..2org adek aku akan kawen thn ni) tapi xboleh la..kewangan xmengizinkan.uhuk3
  • Nak solat awal waktu - kalo boleh lps je azan trus solat. bile tgk jam da pkul 5, "ooo..aku da slt asar dah". Bile tgk jam pkul 2, hati rase relax sbb da siap2 slt zohor. adakah terlalu ambitious?xpe2..akan cuba usahakan.
  • Nak sambung belajar - nk smbung phD. nk try apply kat UMP plak. Since keje dkt pantai timur,so kne la cari kt cni.huhu kalo kt UTM jauh la plak kne g wpon blh balik kg.
  • Improve as a daughter/sister/partner/friend/worker/educator (ade ke istilah ni?) -yess..nak perbaiki sumenye. nak jadi anak yg bek, kakak yg bgus, kwn  yg setia, pekerja yg berdedikasi n pengajar yg memahami. huhu boleh x? InsyaAllah bolehh!! 
  • Nak banyak membaca - membaca jambatan ilmu. Kalo xmembaca berkarat la minda, tersekat la ilmu. Azam nak baca at least 1 buku 1 bulan. X aci bace komik yee..sbb komik tu mmg boleh baca stgh hari je.hehe (psstt..kalo bace novel boleh kira x?ngeh3)

Hmm..ni je ke azam thn baru aku? buat masa skrg mungkin yg ni saje kot. Tapi mane tahu akan bertambah lg lps ni..so wish me luck on doing all that resolutions.


Hi..I'm Newbie..

Assalamualaikum wbt...


Haiii...Saya Rfah..this is my 1st entry for my 1st blog. hahah..baru nak buat blog??org len da ade lame dahh..yelaa..selama ni saya jadi silent reader je, tibe2 rase why not give a try rite? Rasa syok sgt2 bile bace post org, pstu join2 contest (hehe) and get connected with everybody. Apa-apa pown harap korang sume enjoy n have fun with me. Ok, sebelum tu saya akhiri post saya yg pertama ni dgn serangkap pntun:


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tlg tunjukkan,
Saya newbie baru belajar,
Kalo salah tlg tunjukkan yee..hehe